Perkembangan dalam pengurusan pusat sumber sekolah (PSS) hari ini dilihat begitu pesat berbanding masa yang lalu. Perkembangan terkini berkenaan jawatan khas yang diwujudkan iaitu guru perpustakaan dan media, memperlihatkan betapa PSS mempunyai peranan yang penting di sekolah. Hari ini, PSS bukan hanya sebuah bilik tetapi ia merangkumi seluruh sekolah.
PSS atau Pusat Sumber Sekolah adalah rangkaian terdekat Pusat Kegiatan Guru. Pihak PKG sentiasa memantau dan memberikan khidmat bantu untuk menjamin PSS sekolah sentiasa bermobiliti dan menepati kehendak.Guru GPM sentiasa didedahkan dengan pengalaman dan kemahiran melalui bengkel bengkel anjuran PKG-BTPN untuk memantapkan lagi kemahiran mengurus dan merancang program .
Memperkenalkan Mia dan Alia, ahli bersekutu PSS Asiah Alyahya, merupakan Duta Cilik PSS Asiah Alyahya, SKKemasek. Berkoloboratif bersama PSS ASIAH ALYAHYA SKKEMASEK, PERPUSTAKAAN MIA BATRISYIA DAN PSS SK KOMPLEKS GONG BADAK. Mia dan Lia adalah merupakan pemilik Perpustakaan Mia Batrisyia yang terletak di Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu turut membintangi Video Korporat Amalan Terbaik, Video Mekar dan Echocare PSS Asiah Alyahya SKKemasek. Kini Mia dan Lia membawa bersama Visi PSS Asiah Alyahya ke KOREA SELATAN bermula 19 hingga 26 November 2015..