12 November 2014 - Di Dewan Ilmu Sekolah Kebangsaan Kemasek, pagi ini berlangsungnya Program Gerakan Tabiat Membaca iaitu Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M).Salah satu aktiviti utama Kementerian Pendidikan Malaysia yang diurus setiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP).Program ini bertujuan membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan sebagai pemangkin kepada proses pembelajaran sepanjang hayat. Di samping itu Guru Penyelaras Media dan
pihak Jawatankuasa PSS telah sebulat suara untuk memberi dan memperkenalkan nama baru PSS iaitu PSS ASIAH AL-YAHYA. Nama baru ini diambil sempena kesungguhan Pn Sharifah Asiah Bt Syed Othman untuk menjadikan PSS sekolah ini sebagai pusat media bermaklumat untuk kegunaan semua pelajar dan warga sekolah. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Pn Sharifah Asiah Bt Syed Othman, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kemasek.Terima Kasih tidak terhingga kepada semua individu yang terlibat dalam menjayakan program Kem Membaca 1 Malaysia dan Pelancaran Nama Baru PSS Sekolah.