30 April 2015, Isnin - Alhamdulillah...secara rasminya PSS Asiah
Al-Yahya, Sekolah Kebangsaan Kemasek telah dinobatkan sebagai JOHAN
Anugerah Pusat Sumber Sekolah Negeri Terengganu 2014 serta akan mewakili
negeri Terengganu ke Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan
2015 bagi kategori sekolah rendah. Majlis penganugerahan ini telah
diadakan di BTPN Terengganu. Dengan itu PSS Asiah Al-Yahya telah
menerima sijil, medal dan bahan bacaan untuk
NILAM berjumlah RM2600. Dalam persaingan yang sengit ini, PSS Asiah
Al-Yahya berjaya ,menewaskan 4 buah sekolah rendah yang lain iaitu Sk
Kompleks Seberang Takir KT, Sk Keluang, Besut, Sk Lubuk Kawah, Besut dan
Sk Simpang Rawai, Marang. Diharapkan agar PSS Asiah Al-Yahya akan dapat
mencapai kejayaan di peringkat kebangsaan kelak.
InsyaAllah....sama-sama kita gandakan usaha serta berdoa pada ALLAH
S.W.T agar kejayaan berpihak kepada kita.