Perkembangan dalam pengurusan pusat sumber sekolah (PSS) hari ini dilihat begitu pesat berbanding masa yang lalu. Perkembangan terkini berkenaan jawatan khas yang diwujudkan iaitu guru perpustakaan dan media, memperlihatkan betapa PSS mempunyai peranan yang penting di sekolah. Hari ini, PSS bukan hanya sebuah bilik tetapi ia merangkumi seluruh sekolah.
PSS atau Pusat Sumber Sekolah adalah rangkaian terdekat Pusat Kegiatan Guru. Pihak PKG sentiasa memantau dan memberikan khidmat bantu untuk menjamin PSS sekolah sentiasa bermobiliti dan menepati kehendak.Guru GPM sentiasa didedahkan dengan pengalaman dan kemahiran melalui bengkel bengkel anjuran PKG-BTPN untuk memantapkan lagi kemahiran mengurus dan merancang program .
SELAMAT DATANG ROMBONGAN JK PSS SK KELULUT, MARANG, TERENGGANU. KE PSS ASIAH AL-YAHYA SK KEMASEK KHAMIS, 12 MEI 2016 DAT...
MUAT TURUN
Tuesday, 14 April 2015
TEMASYA SUKAN TAHUNAN KALI KE 38 SK KEMASEK 2015
Selasa 14 April 2015- Temasya Sukan Tahunan Sk Kemasek kali ke 38 telah dijalankan dengan penuh semangat kesukanan pada hari Khamis, 9 April 2015. Tema sukan pada kali ini ialah CERITA DONGENG DI PSS ASIAH AL-YAHYA sempena menjayakan penyertaan Pss Asiah Al-Yahya dalam Anugerah Pss Peringkat Kebangsaan 2015. Temasya sukan kali ini dijuarai oleh rumah Merah, kedua Hijau, ketiga Biru dan tempat keempat rumah Kuning. Kesemua guru, murid dan ibu bapa telah memberikan komitmen dan kerjasama yang amat baik dalam menjayakan sukan tahunan pada kali ini. Tahniah dan syabas! Sk Kemasek terbaik.