Monday 24 November 2014

PENILAIAN PSS CEMERLANG 2014/2015

Rabu, 12 November 2014 - Seramai dua orang pegawai penilai dari BTP Negeri Terengganu telah datang ke Sekolah Kebangsaan Kemasek untuk membuat penilaian PSS sekolah ini. Mereka ialah Tuan Haji Akram @ Amir bin Abd Majid, Ketua Unit, UPSP, BTPN Terengganu dan Encik Amir bin Hamzah, PTP, UPSP, BTPN Terengganu. Kehadiran mereka yang diiringi oleh En. Wan Roslan Bin Wan Zaki (PTP I), PKG Kemasek telah disambut dengan penuh mesra oleh pengurusan sekolah dan

PELANCARAN KEM MEMBACA 1MALAYSIA & PERASMIAN NAMA BARU PSS

Rabu, 5 November 2014 - Kem Membaca 1 Malaysia telah di lancarkan diperingkat sekolah pada 5 November 2014 bermula jam 8.00 pagi sehingga 10.15 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Wan Tarmizi. Kemudian ucapan pelancaran oleh Guru Besar iaitu Puan Sharifah Asiah dan diikuti gimik pelancaran. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan bicara berirama serta bacaan buku cerita dari adik-adik Prasekolah dan tahun 1. Seterusnya, pada majlis ini juga

Wednesday 12 November 2014

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA & PELANCARAN NAMA BARU PSS

12 November 2014 - Di Dewan Ilmu Sekolah Kebangsaan Kemasek, pagi ini berlangsungnya Program Gerakan Tabiat Membaca iaitu Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M).Salah satu aktiviti utama Kementerian Pendidikan Malaysia yang diurus setiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP).Program ini bertujuan membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan sebagai pemangkin kepada proses pembelajaran sepanjang hayat. Di samping itu Guru Penyelaras Media dan

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

          Pada 6 November 2014 bersamaan 13 Muharram 1436, telah berlangsungnya program Khatam Al-Quran yang melibatkan murid-murid Sekolah Kebangsaan Kemasek. Program ini telah dijalankan seawal bulan Januari melibatkan usaha dari Unit J-Qaf dan PSS Asiah Al-Yahya. Program ini adalah selaras dengan usaha untuk melahirkan dan menggalakkan murid agar minat membaca Al-Quran

Friday 10 October 2014

Gerak Gempur PSS - 10 Okt 2014

Alhamdullillah....

Aktiviti Gerak Gempur PSS yang dijadualkan pada 10 & 11 Oktober 2014 berjalan dengan lancar hasil kerjasama dengan guru-guru Sekolah Kebangsaan Kemasek. Aktiviti yang dijalankan ini bertujuan untuk memperkasakan lagi Pusat Sumber & Media Sekolah. Ianya sebagai menyahut cabaran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu (BTPNT) kerana PSS ini telah dicalonkan untuk Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Terengganu bagi sesi 2014/2015. Setakat ini 70% kerja memperkasakan dan menambahbaik PSS sedang giat dijalankan.

Gerak Gempur PSS

Berikut merupakan senarai senarai jawatankuasa "Gerak Gempur PSS" yang akan dilaksanakan pada 10 dan 11 Oktober 2014.


Tarikh : 10 & 11 Oktober 2014
Masa : 9.00 am - 1.00 pm
Lokasi : Sila rujuk senarai dibawah.

Tuesday 30 September 2014

PSS Sharifah Al-Yahya



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Ucapan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat di atas usaha, komitmen dan kerjasama