Friday 10 October 2014

Gerak Gempur PSS - 10 Okt 2014

Alhamdullillah....

Aktiviti Gerak Gempur PSS yang dijadualkan pada 10 & 11 Oktober 2014 berjalan dengan lancar hasil kerjasama dengan guru-guru Sekolah Kebangsaan Kemasek. Aktiviti yang dijalankan ini bertujuan untuk memperkasakan lagi Pusat Sumber & Media Sekolah. Ianya sebagai menyahut cabaran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu (BTPNT) kerana PSS ini telah dicalonkan untuk Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Terengganu bagi sesi 2014/2015. Setakat ini 70% kerja memperkasakan dan menambahbaik PSS sedang giat dijalankan.

Gerak Gempur PSS

Berikut merupakan senarai senarai jawatankuasa "Gerak Gempur PSS" yang akan dilaksanakan pada 10 dan 11 Oktober 2014.


Tarikh : 10 & 11 Oktober 2014
Masa : 9.00 am - 1.00 pm
Lokasi : Sila rujuk senarai dibawah.