Tuesday 31 March 2015

JOHAN ANUGERAH PSS NEGERI TERENGGANU 2014

30 April 2015, Isnin - Alhamdulillah...secara rasminya PSS Asiah Al-Yahya, Sekolah Kebangsaan Kemasek telah dinobatkan sebagai JOHAN Anugerah Pusat Sumber Sekolah Negeri Terengganu 2014 serta akan mewakili negeri Terengganu ke Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan 2015 bagi kategori sekolah rendah. Majlis penganugerahan ini telah diadakan di BTPN Terengganu. Dengan itu PSS Asiah Al-Yahya telah menerima sijil, medal dan bahan bacaan untuk

Monday 30 March 2015

SEHARI BERSAMA SI PINTAR

Sehari Bersama Si Pintar... telah diadakan pada setiap hari Rabu bermula pada hari Rabu 25 Mac 2015 jam 10.15 pagi hingga 11.15 pagi. Program ini diadakan bertujuan bagi menggalakkan minat membaca di kalangan murid-murid Sk Kemasek disamping menjayakan Program Nilam.



Sunday 29 March 2015

PROGRAM KHIDMAT BANTU APSSK 2015


Program Khidmat Bantu APSSK 2015 telah diadakan pada 10 hingga 12 Mac 2015. Melalui program ini Guru-guru Penyelaras Media Sekolah PKG Kemasek telah dijemput untuk memberi khidmat bantu kepada Pusat Sumber Asiah AlYahya ke arah Anugerah Pusat Sumber Kebangsaan 2015. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pihak Pkg Kemasek, guru-guru penyelaras media dan guru- guru  Sk Kemasek yang telah berusaha menjayakan program ini.

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM SK KEMASEK 2015

Tarikh : 11 Februari 2015
Masa    : 8.00 - 10.45 a.m.
Dirasmikan Oleh : Puan Asfalinda bt Anuar
                                   Pegawai Khas Menteri Komunikasi Dan    
                                   Multimedia

                                

                              

Sunday 22 March 2015

PROGRAM LAWATAN KE KARNIVAL ICT 2015

Sabtu, 31 Januari 2015 - Seramai 36 orang murid yang terdiri dari Pengawas Pusat Sumber Asiah Al-Yahya, SK Kemasek telah menyertai lawatan ke Karnival ICT 2015 bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu Gong Badak. Mereka yang diiringi oleh 6 orang guru berpeluang untuk melihat pameran dan produk berkaitan dengan dunia teknologi yang terkini.