Friday 24 April 2015

3 in 1 - TERBAIK DARI SELURUH WARGA SK KEMASEK

Rabu, 22 April 2015 - Tahniah dan terbaik untuk seluruh warga Sk Kemasek kerana berjaya melaksanakan 3 program dalam 1 hari - Hari Rabu Bersama Pss, Majlis Pelancaran  Kem Membaca 1 Malaysia dan Gerak Gempur Pss Asiah Al-Yahya. Komitmen luarbiasa yang ditunjukkan dan sukar dicari di mana-mana sekolah. Segala kerjasama warga pentadbir, guru, kaki tangan, murid dan pekerja swasta diucapkan sekalung penghargaan dan tahniah. Teruskan budaya kerja cemerlang anda. Semoga ianya memberi kebaikan dan kecemerlangan kepada kita semua. Insha Allah.

HARI RABU BERSAMA PSS ASIAH AL-YAHYA - RABU, 22 APRIL 2015




MAJLIS PELANCARAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA (KM1M) 2015

GERAK GEMPUR PSS ASIAH AL-YAHYA

Saturday 18 April 2015

JOM SUPPORT TEAM NILAM TERENGANU 2015

Jom Tonton dan Klik LIKE video mereka untuk menyatakan sokongan terhadap Team Terengganu ke Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan 2015. LIKE anda sangat bermakna untuk mereka...Jika hari ini kita menyokong mereka, InsyaAllah satu hari nanti pasti akan ada wakil NILAM dari Sekolah Kebangsaan Kemasek...Semoga berjaya Team NILAM Terengganu 2015.

Tonton video KLIK SINI dan LIKE


Tonton video KLIK SINI dan LIKE

Tonton video KLIK SINI dan LIKE

Tonton video KLIK SINI dan LIKE

Tuesday 14 April 2015

TEMASYA SUKAN TAHUNAN KALI KE 38 SK KEMASEK 2015

Selasa 14 April 2015- Temasya Sukan Tahunan Sk Kemasek kali ke 38 telah dijalankan dengan penuh semangat kesukanan pada hari Khamis, 9 April 2015. Tema sukan pada kali ini ialah CERITA DONGENG DI PSS ASIAH AL-YAHYA sempena menjayakan penyertaan Pss Asiah Al-Yahya dalam Anugerah Pss Peringkat Kebangsaan 2015. Temasya sukan kali ini dijuarai oleh rumah Merah, kedua Hijau, ketiga Biru dan tempat keempat rumah Kuning. Kesemua guru, murid dan ibu bapa telah memberikan komitmen dan kerjasama yang amat baik dalam menjayakan sukan tahunan pada kali ini. Tahniah dan syabas! Sk Kemasek terbaik.

...

Wednesday 8 April 2015

Wednesday 1 April 2015

HARI RABU BERSAMA PSS ASIAH ALYAHYA

Rabu, 1 April 2015 - Program Hari Rabu Bersama PSS Asiah Al-Yahya diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan murid terhadap pusat sumber sekolah dan program Nilam. Program ini diadakan pada setiap hari Rabu pukul 7.15 pagi hingga 7.45 pagi. Pada minggu ini, Puan Zaliha Mansor telah memberikan penjelasan tentang pengkelasan buku mengikut Sistem Pengkelasan Dewey kepada murid manakala Puan Siti Rohaya Kamaruddin mengadakan Kuiz Nilam.