Sunday 22 March 2015

PROGRAM LAWATAN KE KARNIVAL ICT 2015

Sabtu, 31 Januari 2015 - Seramai 36 orang murid yang terdiri dari Pengawas Pusat Sumber Asiah Al-Yahya, SK Kemasek telah menyertai lawatan ke Karnival ICT 2015 bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu Gong Badak. Mereka yang diiringi oleh 6 orang guru berpeluang untuk melihat pameran dan produk berkaitan dengan dunia teknologi yang terkini.

Selain pameran ICT, mereka juga berpeluang untuk menyaksikan Tayangan Dome Planetarium serta bermain Permainan Interaktif yang disediakan. Pelbagai jenis pertandingan turut diadakan di karnival tersebut seperti Pertandingan Menaip Pantas, Teka Silang Kata ICT serta pertandingan- pertandingan lain yang berasaskan ICT. Program lawatan ini adalah di bawah anjuran bersama Unit ICT dan PSS Asiah Al- Yahya SK Kemasek.